Kalau korang perasan waktu buat survey di internet sama ada di Mudah, Carlist atau lain-lain laman web penjualan kereta yang ada, kita dapat lihat harga kereta-kereta recond ni berbeza antara satu sama lain. Ada yang murah dan ada yang mahal walaupun kereta jenis, tahun dan spesifikasi yang sama. Tak macam kereta BARU di showroom jenama yang berkaitan yang mana semuanya harga hampir sama, cuma kadang-kala berbeza sedikit kerana Promosi tertentu.
Pertamanya, kereta “RECOND” di Malaysia ialah kereta terpakai atau “reconditioned vehicle” yang di import dari dua negara iaitu Jepun dan United Kindom. (Malaysia hanya membenarkan kereta recond di Import dari dua negara ini sahaja).
Ok, apa yang membuatkan kereta recond ini berbeza harga antara satu sama lain ialah GRED KUALITI, SPESIFIKASI, TEMPAT dan kenaikakan HARGA ketika Lelongan dibuat.
1. Gred Kualiti
Selalunya GRED KUALITI sesebuah kereta tersebut memainkan peranan yang besar dalam menentukan harga. Kualiti Gred ini kita boleh dapatkannya daripada “AUCTION SHEET”. Ia ditentukan bersandarkan “mileage”, keadaan dalaman “interior” dan luaran “exterior”, penukaran panel jika ada kemalangan dan sejarah servis kereta tersebut. Sebagai contoh, kereta yang “mileage”nya tinggi sudah pasti akan lebih murah daripada kereta yang “mileage”nya rendah. Begitu juga dengan kereta yang pernah ada rekod kemalangan “MAJOR” pastinya lebih murah daripada kereta yang “FREE Excident”. Kereta yang mempunyai rekod buku service pastinya lebih mahal dari kereta yang tidak berekod. Kalau anda, nak pilih kereta pernah kemalangan teruk ke atau yang tak pernah kemalangan?
2. Sepsifikasi dan Eksesori
Spesifikasi kereta juga memainkan peranan penting dalam penetapan harga sesebuah kereta recond. Yang ada Sunroof akan lebih mahal daripada yang tiada sunroof. 2 “Power Door” akan lebih mahal dari 1 “Power Door”. “Power Boot”, Camera, Sound System, Jenis Kerusi, Fabrik atau Kulit, Bodykit, Sportrim dan lain-lain eksesori juga membuatkan harga sesebuah kereta itu berbeza. Kalau korang nak tahu, waktu lelongan “BAU ROKOK” pon menentukan harga sebiji kereta yang dilelong. Rokok juga membahayakan Harga Kereta. Hehe..
3. Kedudukan Geografi
3. Kedudukan Geografi
Kedudukan geografi tempat lelongan juga turut mempengaruhi dalam menentukan Harga sesebuah kereta recond. Uish, pasal apa pula? Ok, UK dan Jepun ada kawasannya selalu bersalji dan berbukit-bukau. Contohnya hokaido kebanyakan musimnya bersalji,bentuk muka bumi berbukit dan hanya ada satu sahaja kemudahan “Keretapi” disana, jadi kebiasaannya kereta disana “mileage”nya akan lebih tinggi berbanding dengan kawasan bandar seperti London yang mana penduduknya lebih mengutamakan kenderaan Awam atau berbasikal untuk bergerak.
4. Bidaan Lelongan
Kalau dah namanya membida, pastinya harga akan menaik ketika proses bidaan berlaku. Kereta yang berkuali tinggi (selalunya berdasarkan oleh Auction Sheet) akan mendapat bidaan yang tinggi. Semakin tinggi gred semakin ramai yang membida. Perbezaan antara gred dan kualiti boleh sampai PULUHAN RIBU.
Oleh itu, sebelum anda membeli-belah kereta Idaman anda, sudilah kiranya anda membuat perbandingan dan meneliti semua aspek yang saya sebutkan. Sebenarnya ada banyak lagi, cuma ini antara aspek-aspek penting yang kita perlu teliti ketika membuat “Survey” untuk membeli kereta Recond. Untuk mendapat maklumat kenderaan recond dari Jepun, gunalah laman sesawang di bawah untuk mendapat informasi tentang kenderaan tersebut secara percuma. https://www.japan-partner.com/check-manufacture-year.html atau anda boleh ke http://scrut.my (dengan bayaran rm50)
Ulasan
Catat Ulasan